“Ini Salah Terus Ustaz, Bukan Kesilapan” – Don Daniyal Mohon Maaf Isu Hukum Berpuasa Di Hari Tasyrik
Pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid memohon maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan berhubung ibadah berpuasa pada hari kedua, ketiga dan keempat Aidiladha.
Ustaz Don mohon maaf isu berpuasa di hari Tasyriq
Don Daniyal atau dikenali sebagai Ustaz Don mengakui jawapan yang diberikan di sebuah stesen radio itu telah menimbulkan salah faham.
Advertisement
Minta maaf banyak-banyak, semoga Allah Taala mengampunkan dosa kita semua. Minta maaf semua.
Saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua.
Penjelasan sebenar mengenai kekhilafan
Dia juga dilihat memberi penjelasan yang sebetulnya terhadap kenyataan yang mengelirukan dibuatnya sebelum ini.
Okey jawapan yang betul pada Hari Raya Aidiladha tak boleh puasa dan Hari Tasyrik juga, termasuk sekali Hari Raya kedua, ketiga dan keempat iaitu pada hari 11,12 dan 13 Zulhijjah. Okey.
Sebelum ini, Ustaz Don menjawab soalan pendengar di mana dia mendakwa umat Islam tidak dibenarkan berpuasa pada hari raya pertama Aidiladha namun dibolehkan pada hari raya kedua, ketiga dan keempat.
Jelasnya lagi, ketika rakaman soal jawab tersebut, dia ada bertanya sama ada soalan itu hanya untuk hari raya pertama Aidiladha dan disambut ‘ya’ oleh pengaju soalan itu.
Jawapan yang panjang sepatutnya Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri hari pertama tak boleh puasa, sama macam Aidilfitri hari raya kedua, ketiga dan keempat itu baru boleh puasa.
Berbeza dengan Hari Raya Aidiladha ada Hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13. Bila jadi macam itu panjang huraian dia.
Masa itu nak bagi faham sahaja, hari raya pertama tak boleh puasa. Itu sahaja. Tapi saya minta maaf, sebab jawab mengelirukan. Maafkan saya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
”
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source