46 kursus TVET UiTM akan diarusperdanakan
SHAH ALAM – Sebanyak 46 kursus berunsurkan separa program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah dikenalpasti akan diarusperdanakan sejajar melahirkan tenaga mahir negara.
Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM,Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, pihaknya ingin mewujudkan kursus TVET yang berkualiti dan disertai oleh lepasan sekolah atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang.
Katanya, langkah itu juga bagi memastikan TVET bukan kelas atau pilihan kedua sebaliknya setara dengan bidang akademik lain yang ditawarkan kepada para pelajar selaras dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Kita mahukan TVET yang berkualiti, sekurang-kurangnya layak masuk universiti sama ada akademik atau TVET. Itu pilihan namun TVET tidak boleh jadi kelas kedua.
“(Dalam konteks UiTM), kita memang sentiasa bantu dan ada pusat diketahui Timbalan Naib Canselor Akademik UiTM mengenalpasti sebanyak 46 program separa TVET akan dijadikan ‘full TVET’ serta perkasakannya dalam konteks mengarusperdanakan TVET negara yang akan diketuai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program korban dan akikah 2024 UiTM di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source