“Azri Iskandar, Ini Adalah Kehidupan Awak, Awak Kena Buat Keputusan Sendiri” – Datuk Noora
Usahawan, Datuk Noora Kay memohon agar pelakon Azri Iskandar untuk tampil menyelesaikan masalah di antara mereka.
Sebelum, Noora dan Azri ada merancang untuk berkahwin namun dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Advertisement
Lebih mengeruhkan keadaan adalah apabila bekas isteri Azri tampil membuat kenyataan mengenai pembatalan perkahwinan itu.
Berikutan itu, Noora meminta agar Azri lebih tegas dalam membuat keputusan dalam hidupnya tanpa melibatkan orang ketiga.
Azri, awak kena bangun, tolonglah. Ini adalah kehidupan awak, awak kena buat keputusan sendiri.
Awak kena ada tanggungjawab untuk diri sendiri bukan semua benda awak perlu minta orang lain untuk fikirkan. Saya minta dia selesaikan hal ini, itu sahaja.
Tambah Datuk Noora lagi, punca utama dia memutuskan hubungan dengan Azri adalah dia merasakan aktor itu tidak mencapai standard yang diinginkan.
Kalau semua nak tahu kenapa saya mahu memutuskan hubungan, dia sebenarnya tidak memenuhi KPI yang saya mahukan iaitu lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga.
Dalam hubungan perlu ada sikap tolak ansur tapi semuanya hanya saya yang berusaha dalam hubungan kami.
Dia juga merasakan Azri terlalu bergantung terhadap bekas isteri dan tidak tegas dalam membuat keputusan, lebih-lebih lagi dalam soal perkahwinan.
Saya tidak pernah menolak Ellie untuk menguruskan perkahwinan kami cuma keputusan mestilah datang dari saya dan Azri.
Namun Azri tidak tahu yang mana dia perlu buat keputusan kerana semuanya mahu diberikan kepada Ellie untuk fikirkan bagi pihaknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source