Euro 2024: Jerman bimbang ‘jerat’ Scotland
MUNICH – Pemain tengah Jerman, Toni Kroos memberi amaran kepada rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah kemampuan Scotland menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi pembuka tirai Kumpulan A Euro 2024 di Allianz Arena, awal pagi esok.
Beraksi di laman sendiri, skuad Die Mannschaft yang dibimbing Julian Nagelsmann itu dianggap memiliki kelebihan untuk mengutip tiga mata, namun Jerman dijangka berdepan aksi sukar berdasarkan prestasi semasa dipamerkan Scotland.
Justeru, Kroos berharap rakan sepasukan dapat memberikan segala-galanya pada perlawanan itu nanti bagi memastikan Jerman memulakan misi memburu gelaran Eropah di bumi sendiri dengan langkah kanan.
“Perlawanan menentang Scotland sangat penting tetapi ia bukanlah penentu untuk kami pada Euro kali ini. Sudah tentu sesuatu yang baik untuk kami jika dapat mencatat kemenangan dalam perlawanan pembuka tirai.
“Kami akan turun berbekalkan semangat tinggi kerana beraksi di hadapan penyokong sendiri. Saya percaya semua pemain Jerman tahu bagaimana kekuatan Scotland untuk Euro kali ini,” katanya.
Tonggak tengah Real Madrid itu menjelaskan, Scotland memiliki kelebihan dari segi fizikal selain mampu mengambil kesempatan melancarkan serangan balas pantas sekiranya Jerman berada dalam keadaan leka.
“Mereka boleh menyebabkan kami berada dalam situasi sukar kerana pemain-pemain Scotland sangat kuat dan mampu bertahan dengan baik. Mereka juga ada kelebihan ketika melakukan serangan balas pantas.
“Kami akan turun dengan penuh berjaga-jaga kerana Scotland adalah sebuah pasukan yang sentiasa memberikan cabaran sukar kepada lawannya. Mereka sudah membuktikannya dalam beberapa perlawanan terdahulu,” ujar Kroos. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source