Warga emas, bayi Orang Asli sesak nafas naik helikopter ke hospital
GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa dua pesakit Orang Asli warga emas lemah akibat lelah dan bayi yang sesak nafas ke Hospital Gua Musang di sini semalam.
Penerbangan itu melibatkan wanita warga emas, Andak Itam, 64, dari Pos Bihai dan bayi lelaki, Zulfahmi Ikhwan Sani, tujuh bulan yang tinggal di Pos Balar.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Rizzan Jefri berkata, kedua-dua pesakit berkenaan dibawa menaiki helikopter jenis Agusta Westland 139 (AW139) berlepas dari Bertam, Pulau Pinang pada pukul 12.30 tengah hari.
Katanya, pesawat terlebih dahulu tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada pukul 1.38 tengah hari bagi mengambil dua kakitangan kesihatan bersama alat bantuan pernafasan.
“Kru penerbangan tiba di Pos Balar kira-kira 20 minit kemudian untuk mengambil pesakit bayi lelaki sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Tendrik, Pos Bihai pada pukul 2.20 petang untuk mengambil pesakit warga emas.
“Bayi lelaki terbabit yang mengalami sesak nafas dan warga emas yang diserang lelah telah diberi bantuan alat pernafasan oleh petugas terlibat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Mohd. Rizzan memberitahu, pesawat mendarat di BBP Gua Musang pada pukul 2.40 petang dan pesakit dibawa ke Hospital Gua Musang di sini bagi mendapatkan rawatan susulan.
Katanya, dua pesakit berkenaan turut ditemani pengiring yang juga ahli keluarga pesakit.
“Operasi Medevac membabitkan lima anggota Unit Udara JBPM yang diketuai oleh juruterbang, Penguasa Bomba, Faridullahamin Mohd. Noh.
“Pesawat bertolak pulang ke pangkalan dari BBP Gua Musang pada pukul 2.45 petang dan selamat tiba selepas sejam penerbangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source