Selangor FC ungguli aksi ‘derbi serumpun’
PETALING JAYA – Selangor FC sekali lagi membuktikan kualitinya yang tersendiri apabila dijulang selaku juara kejohanan jemputan ‘derbi serumpun’ selepas menewaskan Persija Jakarta 1-0 pada aksi final di Stadium Antarabangsa Jakarta sebentar tadi.
Bagaimanapun, perlawanan ini turut dicemari insiden bakar suar oleh penyokong tuan rumah namun jaringan Alvin Fortes di awal permainan sudah memadai untuk mengesahkan kemenangan tuat Red Giants.
Walaupun hanya berstatus persahabatan, kejayaan ini pastinya melegakan pengendali Selangor, Nidzam Jamil yang turut berhasrat untuk melihat konsisten mampu dipamerkan anak buahnya selepas tampil baik pada saingan Liga Super.
Nidzam yang melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama nyata berpuas hati kerana setiap pemain menyerlahkan kesungguhan untuk cuba memikat perhatian barisan kejurulatihan.
Seawal minit ketiga, Fortes terus menyerlahkan kualiti yang ada pada dirinya apabila menyempurnakan hantaran Zikri Khalili untuk memastikan jaringan tunggal perlawanan.
Selain menghadirkan senyuman kepada penyokong, kejayaan ini pastinya beri kepuasan berganda Nidzam yang sebelum itu turut mengharapkan dapat menentang Persija Jakarta.
Selepas ini, Red Giants akan meneruskan aksi domestik dalam saingan Piala FA, menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 15 Jun ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source