Adik Dapat 9A SPM, Meerqeen Nak Hadiahkan Kereta
Pelakon Meerqeen berkata dia sudah berjanji untuk memberikan hadiah buat adiknya iaitu Shafeeq selepas mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Memetik Astro Gempak, Meerqeen berkata dia mahu membelikan kereta buat adiknya itu bagi memudahkan untuk ke universiti.
BACA: “Kontrak Masih Dalam Perbincangan…” – Meerqeen Bersuara Isu Boikot
“Ada, saya dah janji dengan dia sebelum peperiksaan percubaan lagi, sebab dia main ragbi. Dia bermain di Keramat dan kami pula tinggal di Bangi.
“Jadi setiap kali dia main ragbi, kami akan hantar dia atau dia sendiri menaiki pengangkutan awam seperti LRT.
“Saya cakap dengan dia nanti selepas SPM ambil lesen memandu, memang saya dah berjanji dengan dia.
“Saya cakap mahu beli kereta supaya senang untuk dia bergerak, senang untuk ke universiti nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Meerqeen berkata dia tiada masalah jika adiknya itu mahu menceburkan diri dalam dunia hiburan dan menyokong apa saja minat adiknya.
“Saya hanyalah seorang abang sahaja, dia pun sudah besar dan tahu macam mana nak atur hidupnya.
“Saya tidak suka mengatur hidup orang jadi kalau dia berminat, masuk sahajalah. Insya-Allah, rezeki itu ada di mana mana.
“Andai kata tiada pun tak mengapa sebab sekarang pun peluang pekerjaan dah banyak bukan sahaja dalam industri hiburan tapi di luar sana pun sama.
“Kalau dia ada masuk dalam dunia seni, saya sebagai abang akan tolong dia,” katanya.
SUMBER: Astro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source