Remaja 15 tahun maut, dua motosikal bertembung
KUALA TERENGGANU – Gara-gara dua motosikal bertembung, seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah di Kampung Kubang Parit berhampiran Makam Diraja Terengganu di sini malam tadi.
Dalam kemalangan pada pukul 7.04 malam itu, mangsa, Amirul Amin Abdussalam, 15, yang merupakan pembantu kedai makan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Seorang lagi mangsa, Muhammad Alahudin Fazlee, 14, yang merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megat Panji Alam pula mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, sewaktu kejadian, Amirul Amin yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dikatakan dalam perjalanan menuju ke Makam Diraja Terengganu dari Kampung Panji di sini.
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa gagal mengelak sebuah motosikal jenis Honda C70 dari arah bertentangan yang dikatakan tiba-tiba membelok untuk memasuki persimpangan kanan.
“Ia menyebabkan kedua-dua motosikal terbabit bertembung lalu kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan,” katanya di sini hari ini.
Azli berkata, mayat Amirul Amin yang menetap di Taman Sinar Harapan, Bukit Besar di sini tersebut telah di bawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source