Lelaki dakwa tidak tidur 4 tahun
JAKARTA – Seorang lelaki dari Garut, wilayah Jawa Barat mendakwa bahawa dia tidak dapat tidur selama empat tahun kerana mengalami masalah telinga berdesing, lapor laman berita Tribunnews.
Lelaki dikenali sebagai Solihin, 50, itu tidak dapat tidur sejak tahun 2020.
Solihin mengaku bahawa telinga kanannya sentiasa bunyi berdesing dan sejak itu, ia tidak pernah sembuh.
“Bermula dengan berdengung dan berdesing di telinga kanan, ia berlanjutan sehingga ke hari ini dan saya tidak dapat tidur sejak 2020,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya.
Solihin menjelaskan bahawa dia pernah berjumpa doktor bagi merawat keadaannya.
Doktor kemudian memberikan pelbagai ubat bagi merawat keadaan tersebut, namun ia tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya.
Kini, Solihin mengaku bahawa dia tidak lagi menjalani rawatan kerana mengalami masalah kewangan.
Sementara itu, Pejabat Kesihatan Daerah Garut menerusi setiausahanya, Yodi Sirodjudin menjelaskan keadaan sebenar yang dialami oleh Solihin.
Yodi menjelaskan bahawa Solihin bukannya tidak dapat tidur selama empat tahun, sebaliknya tidak dapat tidur lena.
“Hasil pemeriksaan doktor pusat kesihatan mendapati terdapat masalah di telinga pesakit sehingga telinganya berdengung dan mengganggu tidurnya,” katanya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source