‘Complain’ Servis Wad Bersalin Hospital Kerajaan, Wanita Indonesia Dikecam Warganet – “Feeling Pula Nak Dimanjakan”
Seorang wanita warganegara Indonesia yang berkahwin dengan lelaki tempatan teruk dikecam selepas dia memberi reviu buruk tentang hospital kerajaan.
Menerusi TikTok, wanita tersebut meluahkan rasa kecewa dan mengeluh tentang pengalamannya ketika bersalin di Hospital Pulau Pinang.
Bagi rating 2/100
Memberikan rating 2/100, wanita terbabit mengeluh kerana tidak diberi layanan seperti ditemani ke tandas selepas bersalin yang terletak jauh dari katilnya.
Untuk pertama kalinya jalan selepas 6 jam operate czer, sangat tidak bisa dijelaskan dengan kata kata. Semua tetap (dilakukan) sendiri, berusaha untuk jalan ke tandas. Ditemani? Tentu tidak!
Baby tak dimandikan
Bukan itu sahaja, wanita terbabit juga mengeluh kerana tidak mandi selama 4 hari berada di wad dan mendakwa bayinya juga tidak dimandikan oleh jururawat bertugas.
Baby 4 hari tak mandi, tak boleh tidur! Bising! Nurse yang jaga time tu memang taktau nak kata mereka tu manusia atau bukan!
Menerusi hantaran itu di Twitter, ramai warganet tempatan menghentam wanita terbabit kerana mengeluh tentang bermacam hal dan mahu dilayan bak permaisuri di hospital kerajaan.
Ada yang menyindirnya kerana tidak memilih untuk bersalin di hospital swasta dan rata-ratanya mempertahankan jururawat serta hospital kerajaan kita.
Wanita itu bagaimanapun sudah memadam hantarannya di akaun TikTok dipercayai kerana teruk menerima kecaman daripada warganet.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source