Anak seret, belasah ibu minta dibawa ke Gunung Marapi
JAKARTA – Seorang ibu tua lumpuh tular di media sosial kerana didera oleh anak kandungnya sendiri, lapor portal berita Tribun News.
Dalam klip video kejadian tular itu, seorang wanita tua bertudung putih dilihat sedang duduk di lantai
Dia kemudian diseret oleh seorang lelaki yang merupakan anak kandungnya. Lelaki itu turut memukul ibunya.
Kejadian berlaku di rumah pelaku di Daerah Rumbai, Pekanbaru dalam wilayah Riau, baru-baru ini.
Lelaki berusia 52 tahun tersebut didakwa mendera ibunya yang bernama Sufni. Mangsa berusia 74 tahun.
Setelah video kejadian tular di media sosial, polis Pekanbaru segera mengunjungi rumah mangsa.
“Berikutan video tersebut tular di media sosial mengenai keganasan terhadap warga emas di Rumbai, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pekanbaru, Bery Juana Putra segera berkunjung ke lokasi kejadian.
“Beliau menjalankan siasatan berhubung kejadian ini,” kata polis dalam satu kenyataan di laman Instagram.
Menurut kenyataan sama, polis telah menahan pelaku dan isterinya yang turut terlibat mendera mangsa.
Wanita itu ditugaskan merakam aksi suaminya dan menghantar rakaman video kepada beberapa ahli keluarga terdekat.
Ketika disoal siasat, pelaku mendakwa bahawa si ibu dirasuk dan meminta dibawa ke Gunung Marapi, Sumatera Barat untuk bertemu dengan ibu bapanya.
Suspek mengaku dia berbuat demikian untuk menakut-nakutkan ibunya supaya wanita itu berdiam diri dan tidak keluar dari rumah.
Mangsa kini dijaga di rumah anaknya yang lain. Dia mengalami lumpuh sejak tahun 2021. – AGENSI.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source