[VIDEO] ‘Saya sudah halalkan hubungan dengan Hidayu, buka buku baharu’
ALOR SETAR – “Alhamdulillah saya sudah jalankan kewajipan menghalalkan hubungan dengan Hidayu. Selepas ini saya mahu tutup buku lama, buka buku baharu”
Demikian kata Mohd. Azlan Ishak, 36, selepas melangsungkan pernikahan dengan
Norhidayu Halim, 35, di Masjid Al-Maarufi di Seberang Kota, Kuala Kedah di sini kira-kira pukul 6 petang tadi.
Pasangan yang memakai persalinan warna putih itu dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Muhammad Hazamer Muslim.
Norhidayu yang merupakan ibu kepada lima anak menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan sebentuk cincin.
Mohd. Azlan berkata, dia bersyukur kerana impian mereka untuk melangsungkan pernikahan akhirnya terlaksana.
Dia pada masa sama memohon maaf kepada semua atas kesilapannya yang lalu dan memberinya peluang meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini.
“Maafkan saya atas kesilapan lalu, saya hanya hamba Allah yang kerdil. Saya harap tidak ada lagi cerita yang tidak elok selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah yang diadakan secara ringkas dengan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Mohd. Azlan turut berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin menghulurkan sumbangan kepada bayi mereka yang menderita penyakit paru-paru kronik.
“Itu semua rezeki Allah, bukan kita yang meminta-minta daripada orang. Allah yang gerakkan hati orang itu untuk lihat anak saya ketika itu seterusnya menjadikannya viral,” ujarnya.
Sementara itu, Nurhidayu berkata, semua wang sumbangan itu akan digunakan untuk keperluan anaknya, Mohd. Aaariz Zafran berusia 11 bulan.
“Saya sudah tempah alat bantuan pernafasan yang baharu untuk kegunaan Aariz kerana yang lama telah rosak, harganya sahaja kira-kira RM7,800. Selain itu saya mahu sediakan bilik dengan pendingin hawa untuknya yang memang dia perlukan.
“Selama ini kami tidak mampu untuk sediakan semua itu buat anak. Pakaian pun pakai apa yang ada sahaja, mengikut kemampuan kami,” katanya.
Tambahnya, sebelum ini dia mengalami trauma berikutan kecaman di media sosial sehingga menyebabkan dia tidak selera makan dan tidak boleh tidur selama empat hari.
Terdahulu, pasangan itu tular kerana membawa bayi mereka yang berusia 11 bulan menaiki motosikal dengan memakai alat pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) ke hospital. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source