Ramai orang Shah Alam kena gangguan air hari ini
PETALING JAYA – Sebahagian kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pukul 6 petang, hari ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan ia ekoran pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam.
Ujarnya, kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap pada pukul 4 pagi esok (Isnin) dan bekalan air akan pulih sepenuhnya pada pukul 6 pagi, Selasa.
“Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.
“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Air Selangor, lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.
“Keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.
Dalam pada itu, Air Selangor berkata perkembangan berkaitan dengan insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media sosial. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source