Ramai minta Vans Malaysia taja Farhan Adam
PETALING JAYA – Segelintir pengguna media sosial memohon syarikat terkenal, Vans menaja pemain apit kiri kebangsaan, Farhan Adam setelah beraksi cemerlang menggunakan kasut berkenaan dalam perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw menentang regu Thailand, Rabu lalu.
Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati, penyokong sepak takraw tempatan bertindak meninggalkan komen dan turut memetik (tag) Instagram rasmi Vans Malaysia agar menaja kapten sepak takraw negara tersebut.
Menurut @anazarindotcom, peminat sepak takraw negara pasti berpuas hati sekiranya dapat memiliki sepasang kasut edisi terhad hasil kolaborasi bersama Farhan.
“Kalau boleh dapat edisi terhad macam Pa’din Musa pun jadilah,” katanya dalam ruangan komen.
Tambah @hazriq_danny, sekiranya menjadi kenyataan, kolaborasi tersebut juga bakal menyaksikan penghasilan kasut Vans yang lebih sesuai digunakan oleh pemain sepak takraw.
“Harap-harap nanti keluarlah Vans edisi tekong atau Vans rejam yang sesuai untuk takraw, mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan,” katanya.
Malah, ada juga pengguna yang meminta agar Vans menaja pemain berkenaan atas tanda penghargaan kepada Farhan yang jelas menyukai jenama berkenaan.
“Tolonglah Vans, taja pemain kebangsaan kita. Farhan guna kasut Vans untuk main takraw, tunjukkanlah sokongan kepada dia,” kata @maqzumie.goldah.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Farhan berjaya mencuri perhatian netizen setelah mengenakan sepasang kasut Vans yang tidak sinonim dengan sukan tersebut.
Difahamkan, pemain sepak takraw lebih gemar memilih menggunakan kasut keluaran Nanyang atau Pallas yang lebih selesa. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source