Komando polis ditahan cuba noda gadis 15 tahun
KUALA LANGAT – Seorang anggota polis dipercayai daripada unit komando ditahan bagi membantu siasatan cubaan menodai remaja perempuan berusia 15 tahun dalam sebuah rumah sekitar Telok Panglima Garang, baru-baru ini.
Penahanan suspek berusia 29 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 9 malam pada 10 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, tangkapan itu dilakukan susulan laporan daripada seorang lelaki pada hari sama yang terserempak dengan suspek berada di dalam rumahnya kira-kira pukul 5 pagi.
Katanya, suspek dikatakan bersembunyi di belakang pintu sebuah bilik di rumah tersebut.
“Pengadu telah berjaya menangkap suspek yang kemudiannya mengaku memasuki rumah tersebut dengan tujuan melakukan hubungan intim dengan anak perempuan pengadu berusia 15 tahun.
“Siasatan mendapati suspek merupakan penjawat awam yang bertugas di Ulu Kinta, Perak,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Kata beliau, hasil siasatan juga mendapati suspek dan mangsa berkenalan menerusi aplikasi permainan game ‘mobile legend’.
Ahmad Ridhwan menjelaskan, suspek kini telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama tujuh hari bermula 11 Mei lalu.
“Kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan telah dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” ujarnya.
Beliau menegaskan, polis tidak akan melindungi sesiapa yang melakukan jenayah atau melanggar undang-undang.
“Orang awam dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source