Tak Ada ‘Job’ Sampai Tak Boleh Bayar Rumah, Randy Pangalila Dikejar Pemungut Hutang – “Saya Pergi Bank Beritahu Tak Ada Duit”
Pelakon kacak dari Indonesia, Randy Pangalila mendedahkan dia bukanlah hidup serba mewah dan sentiasa dilimpahi wang ringgit hanya kerana bergelar seorang artis.
Menerusi satu temu bual dalam program TV di negara itu, pelakon yang pernah menjadi hero dalam sinetron ‘Cinta Kirana’ itu tidak malu untuk mengaku bahawa dia pernah dikejar oleh pemungut hutang.
Tak ada job
Cerita Randy, kejadian itu berlaku pada tahun 2019 dan dia dikejar gara-gara gagal melunaskan pinjaman ketika tidak mempunyai pekerjaan dan tawaran berlakon.
Saya dikejar kerana gagal bayar pinjaman rumah. Mereka (pemungut hutang) datang ke rumah dan marah-marah. Isteri sangat terkejut kerana waktu itu saya sedang jalani penggambaran, Tapi sebelumnya tidak bayar pinjaman kerana tiada job.
Hidup artis tak semestinya gah
Tambah Randy, orang ramai mungkin nampak hidupnya sebagai pelakon dan penyanyi itu satu karier yang gah dan popular namun hakikatnya tidak.
Saya selesaikan dengan cara bertemu orang bank. Saya beritahu mereka artis atau sebebriti itu hanya nama. Jika tidak ada projek maka tidak ada gaji.
Randy turut akui ketika itu dia sudah bersedia dan pasrah sekiranya rumah berkenaan ditarik oleh pihak bank namun menjelaskan bahawa isu tersebut dapat diselesaikan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source