Kembara 500 kilometer setiap hujung minggu jumpa teman wanita
BEIJING – Seorang lelaki berusia 35 tahun dari kota raya Beijing menempuh perjalanan sejauh 500 kilometer setiap hujung minggu semata-mata untuk berjumpa teman wanitanya di wilayah Shanxi, utara China.
Akhbar South China Morning Post melaporkan, Lelaki bernama Huang itu menaiki kereta api dari Beijing ke ibu negeri wilayah berkenaan, Taiyuan setiap hari Jumaat.
Dia akan meninggalkan Taiyuan pukul 3 pagi (waktu tempatan) hari Isnin dengan menaiki kereta api dan tiba di pejabatnya sebelum jam 9.30 pagi.
Pada awalnya, Huang tinggal di sebuah kampung di pinggir Beijing dan membayar sewa bulanan 2,000 yuan (RM1,297.56) sebelum rumah sewanya musnah akibat banjir.
Susulan itu, dia memutuskan untuk menetap di dalam keretanya. Ini kerana Huang perlu membayar sewa bulanan sekurang-kurangnya 10,000 yuan (RM6,483.19) untuk menyewa flat berdekatan pejabatnya.
“Lagipun, kos sewa di Beijing adalah tidak masuk akal. Rumah ialah tempat di mana keluarga berada,” jelas Huang dalam klip videonya yang disiarkan di platform Douyin.
Huang bagaimanapun masih malu untuk memberitahu rakan-rakannya bahawa dia tinggal di dalam kereta dan berkata, hanya teman wanitanya mengetahui tentang perkara tersebut. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source