“Ada Macam-Macam Saya Boleh Cerita Tapi Biarlah Saya Simpan Sendiri” – Alif Hadi
Pelakon Alif Hadi memaklumkan dia memilih untuk mengunci mulut mengan hubungannya bersama bekas suami Yasmin Hani, Sha’arin Razali.
Kata Aliff, dia sama sekali tidak punya hak untuk menghalang Sha’arin untuk berjumpa dengan anak-anak dan kekasih hatinya itu kerana dia bukanlah seorang yang mementingkan diri sendiri.
Saya tak mahu pentingkan diri. Kita pun tak ada di tempat anak-anak dia. Rasanya susah nak jumpa ibu bapa yang dah bercerai boleh pergi bercuti bersama. Walaupun sukar untuk ditelan.
Ujarnya lagi, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama Sha’arin kerana bimbang mengeruhkan keadaan.
Hmm itu rasanya biarlah rahsia. Saya pun tak nak buka cerita apa-apa nanti dia pula buka cerita. Kang jadi ‘spill the tea’ satu Malaysia pulak.
Walaupun ada macam-macam yang saya boleh bercerita tapi saya rasa benda ni biarlah simpan sendiri. Sekarang ni saya fokus dekat Yasmin dan anak-anak dia.
Yang selebihnya itu tak boleh lah. Dia bukannya yang menentukan periuk nasi dan nasib hidup saya. Segalanya Tuhan yang berikan jadi fokus pada itu sahaja.
Ditanya mengenai perancangan seterusnya bersama Yasmin, Aliff berkata mereka mempunyai perancangan ke arah perkahwinan namun sedang mempersiapkan diri untuk menjadi lebih baik sebelum mendirikan rumah tangga.
“Sebenarnya banyak lagi benda-benda lain yang kami kena perbaiki lagi. Kalau setakat itu sahaja, itu bermakna saya tak serasi bersama ibu tunggal yang pernah ada anak dengan bekas suami yang belum mati lagi.” jelas Alif lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source