Berdosa tunai ibadah haji tanpa saluran sah
MEKAH – Adalah berdosa dan haram sekiranya ada rakyat Malaysia tidak mengikut saluran dan proses yang betul untuk menunaikan haji berdasarkan Fatwa Kerajaan Arab Saudi.
Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tanah Suci Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) Shahrin Awaludin berkata, dalam Islam, penting untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan sedia ada dalam melakukan sesuatu perkara.
“Dalam konteks haji ini baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi melalui Dewan Ulama tertinggi telah mengesahkan hukum bahawa jemaah haji yang datang tanpa proses atau peraturan yang betul, adalah haram dan berdosa.
” Ia adalah satu-satunya ibadah bagi orang yang berkemampuan. Selain daripada kemampuan kewangan, keamanan, kesihatan, mereka juga perlu memenuhi syarat kuota, ada permit untuk menunaikan haji,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Sebanyak 300 bakal jemaah haji Malaysiadilaporkan terkandas di Mekah selepas dikatakan menggunakan visa pelancong untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Sebelum ini, Majlis Ulama Kanan Arab Saudi menegaskan wajib untuk mendapatkan permit haji terlebih dahulu sebelum melaksanakan Rukun Islam kelima itu, menurut undang-undang syariah negara itu
Majlis tersebut dalam masa yang sama turut menegaskan adalah berdosa menunaikan haji tanpa keizinan.
Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai yang ingin menunaikan rukun Islam kelima itu supaya tidak terlalu ghairah tanpa mengambil kira peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Arab Saudi.
” Ibadah haji bukan ibadah yang suka-suka boleh dilakukan sebaliknya perlu dilakukan mengikut adab dan peraturan selain perlu dilaksanakan berlandaskan hukum syarak.
“Walau kita mampu sekali pun, tetapi itu tidak mencukupi, maka kita kena tunggu. Kita kena yakin kepada Allah bahawa untuk menunaikan haji ini adalah jemputan daripada Allah,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source