“Ini Beri Kesan Pada Hidup..” – Myra Natasya Ingin Halim Othman Tukar Semula Nama Di Sijil Lahir, Beri Masa Seminggu Untuk Bagi Penjelasan
Semalam industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan pelakon Myra Natasya yang mendakwa dirinya merupakan anak tak sah taraf dan bapanya, penyampai radio Halim Othman tidak pernah berkahwin dengan ibunya.
Henti buat sesuatu tanpa pengetahuan
Kata Myra, dia bertindak untuk membuat pendedahan tersebut atas alasan agar bapanya itu berhenti mengambil tindakan yang melibatkan dirinya tanpa pengetahuannya seperti menukar maklumat di sijil lahir.
Apa yang saya buat daripada pendedahan ini adalah untuk dia berhenti buat apa yang dia suka sewenang-wenangnya.
Apa yang dia tak nak cerita itu hak dia jadi tapi apa yang saya nak tekankan ini apa yang dia buat ini salah dan saya juga pernah minta mak saya untuk ubah dia tapi tidak dilayan.
Tempoh seminggu
Tambah pelakon ini, dia memberikan masa selama seminggu kepada Halim untuk memberi penjelasan kepadanya agar isu tersebut boleh diselesaikan dengan baik.
Apa yang saya nak adalah dia tukar balik maklumat dekat surat beranak tu, sebab itu adalah salah. Benda ini beri kesan pada kehidupan saya, identiti saya.
Saya bagi dia satu minggu untuk ubah benda ini, betulkan perkara ini dan say sorry to me.
Terdahulu, Myra telah mendedahkan ibu bapanya tidak pernah bernikah di Thailand seperti yang dikatakan. Mrya turut mengaku dia terpaksa menipu kepada media untuk menjaga nama baik bapanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source