PATI menyorok atas siling elak dicekup
ISKANDAR PUTERI – Taktik beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di atas siling premis rumah kedai untuk mengelak daripada dicekup tidak berjaya apabila mereka diberkas dalam Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Johor dalam operasi di Gelang Patah, di sini awal pagi hari ini.
Pemangku Pengarah JIM Johor, Mohd. Faizal Shamsudin berkata, operasi yang dijalankan bermula pada pukul 12 tengah malam itu dilakukan susulan maklumat awam berhubung warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Menurutnya, operasi yang dijalankan oleh sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor telah menyerbu 19 premis.
“Dalam operasi itu, seramai 246 orang warga asing telah diperiksa dan 40 lelaki warga asing diberkas iaitu 27 warga Bangladesh, India (7), Nepal (3), Pakistan (2) dan seorang warga China masing-masing berumur antara 19 hingga 42 tahun,”katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohd. Faizal berkata, kesemua warga asing yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.
Selain itu, katanya, kesalahan dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.
Beliau menambah, semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Ujarnya, JIM Johor akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap PATI yang melanggar undang-undang.
“Jabatan ini turut menyeru kepada PATI yang layak untuk menyertai Program Repatriasi Migran yang akan tamat pada 31 Disember 2024 bagi bertujuan PATI pulang ke negara asal secara sukarela,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source