[TIDAK RASMI] PRK Kuala Kubu Baharu: PH 4,897, PN 2,527
HULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao mendahului kiraan undi tidak rasmi dengan memperolehi 4,897 undi berbanding Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Khairul Azhari Saut (2,527 undi) setakat pukul 7.20 petang tadi.
Sementara calon bebas Nyau Ke Xin menduduki tangga ketiga dengan memperoleh 56 undi berbanding wakil Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin dengan 33 undi.
PRK Kuala Kubu Baharu melibatkan pertembungan empat penjuru iaitu dua parti gergasi, PH yang menampilkan Sock Tao dan PN pula mempertaruhkan Khairul Azhari. Dua lagi dalam saingan tersebut adalah Hafizah daripada PRM dan calon bebas, Nyau Ke Xin.
PRK Kuala Kubu Baharu yang berlangsung hari ini menyaksikan sebanyak 55.48 peratus daripada 39,362 keluar mengundi di 18 pusat mengundi di seluruh kawasan tersebut sehingga pukul 4 petang tadi.
Pada hari pengundian awal 7 Mei lalu, sebanyak 97 peratus atau 769 daripada 863 pengundi awal yang terdiri dalam kalangan pasukan polis dan tentera melaksanakan tanggungjawab mereka dalam PRK Kuala Kubu Baharu, 7 Mei lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu diadakan apabila kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 itu diisytihar kosong oleh Speaker Dewan Negeri Selangor selepas penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat kanser.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong memperoleh 14,862 sekaligus berjaya mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya sejak 2013 dengan 4,119 majoriti. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source