Datuk Red Untung RM30,000 Jual Kopi Dalam Masa 2 Minggu
Nampaknya selepas lima tahun diisytiharkan muflis, usahawan Datuk Red membuat bayaran pertama sebanyak RM30,000 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia pagi tadi.
Memetik mStar Online, Datuk Red berkata jumlah wang tersebut adalah hasil daripada keuntungan menjual produk kopi selama dua minggu.
BACA: Macam Tiada Harapan, Datuk Red Reda Jika Terpaksa Cerai Isteri Pertama
Menurut Adnan lagi, dia tekad untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM5 juta dan semua wang keuntugan tersebut akan digunakan untuk membayar hutang.
“Nilai tersebut merupakan keuntungan pertama saya menjual kopi. Kalau ikutkan hati, saya mahu guna separuh (bagi membayar hutang) tapi atas dasar tanggungjawab, saya kena berkorban.
“Keuntungan tersebut adalah hasil jualan bermula 17 hingga 30 April lalu dan saya nekad tidak akan menggunakan satu sen pun bagi kegunaan sendiri. Semuanya saya akan guna untuk langsaikan hutang,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red berkata dia tak mahu melengah-lengahkan masa untuk pembayaran hutang berkenaan kerana mahu hidup tenang selepas ini.
“Kalau ikutkan saya hanya perlu bayar RM500 sebulan sahaja tapi tiga kali mati, hidup semula pun hutang tak akan habis. Jadi saya sasarkan mahu bayar sekitar RM30,000 ke RM50,000 setiap bulan mengikut keuntungan jualan.
“Saya juga ada modal sikit untuk digunakan buat bisnes baru. Duit itulah saya akan guna untuk perbelanjaan harian,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source