Macam Tiada Harapan, Datuk Red Reda Jika Terpaksa Cerai Isteri Pertama
Usahawan Datuk Red berkata dia reda seandainya rumah tangga bersama isteri pertama iaitu Datin Red turut berakhir dengan perceraian.
Memetik mStar Online, Datuk Red berkata dia akur jika keputusan untuk bercerai adalah yang terbaik buat dirinya dan juga isteri pertamanya itu serta memberi fokus kepada anak-anak.
BACA: Datuk Red Macam Tak Percaya Dah Bercerai
“Jika diihat secara atas kertas memang sudah tiada harapan. Mungkin selepas ini saya akan hidup single.
“Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan. Selepas ini saya kena fokus bangkit demi anak-anak dan juga bayar hutang terdahulu,” katanya.
Sementara itu, Datuk Red berkata fasa kehidupan selepas bercerai bukanlah suatu yang mudah namun dia dan Adira terus mengekalkan hubungan baik demi anak-anak mereka.
“Mestilah ada rasa kecewa lepas bercerai dengan Adira. Bukan mudah untuk saya terima perpiasahan antara kami. Namun disebalik itu, rasanya kami ini lebih elok sebagai sahabat.
“Walau sudah bercerai kami masih baik. Cuma bila Adira sudah ada pengganti nanti mungkin hubungan ini jadi renggang. Kalau boleh kami nak jadi contoh pasangan bercerai yang terus mengekalkan hubungan baik tanpa perlu turun naik mahkamah,” katanya.
Terdahulu, rumah tangga Adira dan Datuk Red berakhir 24 April lalu selepas sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata, Anggerik, Asan, Anggun dan Ayob.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source