FGV Chuping terima GLOBALG.A.P. dengan pensijilan tambahan GRASP V1.3
KUALA LUMPUR – FGV Chuping Agro Valley (FGV Chuping) salah sebuah entiti di bawah FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd. (FGV Integrated Farming) menjadi syarikat pertama dalam penanaman nanas di Malaysia yang menerima sijil GLOBALG.A.P. V5.4.1-GFS (GLOBALG.A.P. versi 5.4) dengan pensijilan tambahan GRASP V1.3.
Syarikat yang menerima sijil GLOBALG.A.P. versi 5.4 dengan GRASP itu terkenal kerana komitmennya yang komprehensif terhadap amalan pertanian mampan merangkumi dimensi alam sekitar dan sosial.
FGV Chuping dan FGV Integrated Farming) adalah dua syarikat yang beroperasi di bawah FGV Holdings Berhad.
Pengisytiharan penting itu telah dibuat oleh British Standards Institute (BSI) dalam satu majlis penyerahan sijil di sini baru-baru ini.
BSI adalah syarikat pensijilan yang menjalankan audit dan penilaian untuk mengesahkan pematuhan terhadap piawaian GLOBALG.A.P, manakala Picasynergy Holdings (M) Sdn. Bhd. (Picasynergy) sebuah syarikat swasta yang dilantik oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) untuk menyediakan perkhidmatan penyediaan dokumentasi, pengauditan sebagai usaha mendapatkan sijil GLOBALG.A.P. kepada syarikat-syarikat terpilih.
Pengerusi LPNM, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pemilikan sijil GLOBALG.A.P. adalah salah satu syarat yang ditetapkan oleh peruncit besar di Kesatuan Eropah dalam pengimportan buah-buahan segar, sayuran, tanaman hiasan, lembu dan kambing serta produk akuakultur.
Jelas beliau, salah satu faktor utama yang membolehkan buah nanas dari Malaysia khususnya jenis MD2 menembusi pasaran Eropah adalah kerana teknologi pertanian efektif yang memanjangkan jangka hayat kesegaran buah tersebut.
“Sebagai usaha untuk menembusi pasaran global, penanam nanas Malaysia perlu mendapatkan pensijilan piawaian antarabangsa dan sijil GLOBALG.A.P.
“Tetapi ini adalah antara kekangan yang dihadapi pemain industri untuk mengeksport ke Eropah.
“Oleh itu, kami mengambil inisiatif dengan menyediakan dana khusus melalui Program Pembangunan Pasaran kearah Pensijilan GLOBALG.A.P. tahun 2023 dan akan diteruskan untuk tahun ini tidak lama lagi,” katanya pada sidang media di sini.
Turut hadir Ketua FGV Integrated Farming, Abd Razak Aya; Pengerusi Picasynergy, Datuk Rosman Rizwan; Ketua Pegawai Eksekutif Picasynergy, Syed Mohamed Fauzi Syed Murshad; Pengarah Urusan BSI Malaysia, Evelyn Chye dan Pengarah Urusan BSI ASEAN, Emmanual Herve.
Tambah Sheikh Umar, dana sebanyak RM450,000 telah di peruntukan bagi membangun dan memperkasakan syarikat tempatan untuk membolehkan mereka memperoleh sijil GLOBALG.A.P. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source