“Saya Lihat Mereka Sebagai Loving Couple, Bella Sentiasa Teman Aliff Di GV”
Pengacara Nabil Ahmad berkata dia melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah sebagai pasangan bahagia ketika di program All Stars Gegar Vaganza tahun lalu.
Memetik Astro Gempak, Nabil berkata dia melihat Bella sentiasa menemani Aliff ketika di GV dan tidak melihat tanda-tadna pasangan itu berdepan masalah rumah tangga.
BACA: “Aliff Sebaik-Baik Manusia, Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
“Semasa di GV saya tidak lihat apa-apa pun perubahan pada Aliff. Saya lihat mereka sebagai loving couple. Itu berdasarkan mata kasar saya.
“Bella sentiasa teman Aliff sepanjang di GV. Malah sebelum dan selepas buat persembahan Aliff sentiasa ada dengan Bella. Mereka selalu duduk sama-sama,” katanya.
Sementara itu, Nabil menyifatkan apa yang berlaku dalam rumah tangga pasangan itu sebagai ujian serta meminta orang ramai mendoakan buat mereka. Kata Nabil lagi, sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
“Saya percaya setiap orang akan ada ujian hidup masing-masing. Tetapi apabila berlaku perkara begini, saya sebagai sahabat percaya ujian yang diberikan ini tanda Allah sayang dia. Keluarga Bella dan Aliff ketika ini sedang diuji. Tugas kita orang lain mendoakan untuk mereka.
“Saya sebagai orang yang sudah berkeluarga terfikir bagaimana jika berlaku ujian sebegitu datang kepada saya. Semua orang ada kisah silam, manusia tak lari dari berbuat khilaf,” katanya.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source