PRK Kuala Kubu Baharu: Itu hak masing-masing fail petisyen – Steven Sim
HULU SELANGOR – “Itu hak masing-masing”. Demikian respons Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim berhubung hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk memfailkan petisyen pilihan raya.
Steven yang juga Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu Kerajaan Perpaduan turut menafikan dakwaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan jentera kerajaan dalam kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.
“Itu hak masing-masing . (Dakwaan guna jentera kerajaan) itu tidak tepat kerana saya datang pun dengan kereta peribadi,”
“(Mengenai rumah terbuka hari raya), kena tanya siapa yang anjurkan, tapi setakat ini dalam kempen kita memang tidak (salah guna jentera kerajaan),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Mengingati mendiang Lee Kee Hiong di pekarangan Galeri Seni Sastera, Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa PH menyalahgunakan jentera kerajaan dalam kempen PRK Kuala Kubu Baharu.
Sehubungan itu, katanya, PN berhasarat mengemukakan petisyen pilihan raya sekiranya keputusan PRK DUN tersebut tidak memihak kepada parti itu.
Sebelum ini, anjuran rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tempoh PRK Kuala Kubu Baharu turut dipersoalkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menyifatkan perkara itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source