PRK Kuala Kubu Baharu: PN beri amaran fail petisyen pilihan raya
HULU SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) berhasrat memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya ekoran mendakwa Pakatan Harapan (PH) menyalahgunakan aset kerajaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, petisyen itu akan dikemukan bergantung kepada keputusan pilihan raya.
“Kita sudah ada banyak (bukti) penyaluran dan penyalahgunaan jentera kerajaan dan juga pemberian (yang mana) bagi kami adalah suatu rasuah. Sekiranya, ditakdirkan PH menang, kami akan failkan petisyen. Itu (sudah pasti),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas calon PN, Khairul Azhari Saut membentangkan manifestonya di pekan Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.
Menurut Takiyuddin, mana-mana calon dan parti yang kalah atau terkesan daripada keputusan pilihan raya boleh mengemukakan petisyen.
Katanya, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau sebagai peguam telah mengendalikan petisyen melibatkan tiga Parlimen di Terengganu termasuk Kelantan dan Melaka.
“Mahkamah Pilihan Raya telah membuat ketetapan bahawa penyaluran bantuan oleh kerajaan kepada pengundi dalam kawasan pilihan raya adalah rasuah.
“Oleh sebab itu, keputusan di Parlimen Kuala Terengganu dan Kemaman telah dibatalkan meskipun kerajaan negeri melaksanakan tanggungjawab memberi bantuan berdasarkan bajet,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source