EPL: Liverpool kembali temui kemenangan
LIVERPOOL – Mohamed Salah kembali menemui sentuhan berbisanya untuk membantu Liverpool menang 4-2 ke atas Tottenham Hotspur di Anfield, sebentar tadi.
Ketika Jurgen Klopp kembali menyenaraikan Salah dalam kesebelasan utama, rakan sejawatnya, Ange Postecoglou pula ambil keputusan merehatkan Richarlison dan memasukkan Rodrigo Bentancur.
Rekod 29 perlawanan di Anfield sebelum ini menyaksikan Liverpool menang 19 kali dan hanya tewas sekali iaitu ketika tunduk 0-2 pada Mei 2011.
Walaupun keputusan itu dianggap sudah terlewat untuk mencabar Arsenal dan Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, tiga mata kali ini nyata begitu bermakna buat Klopp.
Minit ke-16, Salah membuktikan sentuhannya masih belum berkarat apabila membuka jaringan pertama perlawanan.
Seterusnya aksi berlangsung seimbang dan memasuki minit terakhir perlawanan, The Reds makin selesa, memperoleh jaringan kedua menerusi Andy Robertson.
Liverpool menyambung aksi dengan lebih garang apabila menambah dua lagi gol dalam tempoh 15 minit menerusi Cody Gakpo pada minit ke-50 dan Harvey Elliott, sembilan minit kemudian.
Sebelas minit selepas dimasukkan pada minit ke-61, Richarlison bertindak bijak untuk menyempurnakan umpanan Brennan Johnson bagi menjadikan kedudukan 4-1.
Selang lima minit selepas itu, Richarlison terus menyerlah dan kali ini bersikap tidak tamak sebaliknya mencipta umpanan buat Son Heung-min meledak gol kedua Spurs. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source