Selangor FC ‘makan besar’ benam Geylang International 7-0
PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC melaungkan amaran sudah bersedia harungi kempen Liga Super musim 2024/2025 selepas menewaskan kelab Singapura, Geylang International 7-0 pada aksi persahabatan sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Gergasi Merah kendalian Nidzam Jamil itu tidak mempunyai masalah untuk membuka tirai jaringan menerusi ledakan kapten skuad B-23 kebangsaan, Mukhair Ajmal pada minit ke-12.
Pasukan tuan rumah terus melakukan asakan dan berjaya menggandakan kelebihan hasil penyudah pemain import, Alvin Fortes pada minit ke-36.
Mukhairi membuktikan ketajaman di hadapan gol apabila menjaringkan gol kedua peribadi berselang tiga minit kemudian untuk meletakkan skuad Merah Kuning selesa 3-0 selepas berakhir babak pertama.
Bersambung apda separuh masa kedua, skuat tuan rumah terus garang melakukan asakan dan kini giliran perancang import dari Colombia, Yohandry Orozco meledak jaringan pada minit ke-48.
Fortes turut tampil cemerlang dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-60 sebelum dua tonggak tempatan, Danial Asri menambah gol keenam (m-71) dengan Harith Haiqal melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-76.
Kemenangan 7-0 ini bakal memberikan tonik berharga buat Selangor FC yang bakal membuka tirai Liga Super dengan perlawanan Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei depan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source