PRK Kuala Kubu Baharu: Dakwaan Kerajaan Perpaduan kononnya berpecah tidak berasas
HULU SELANGOR – Kehadiran pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN), DAP serta MIC dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu malam ini membuktikan dakwaan kononnya terdapat perpecahan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kerjasama erat daripada semua parti komponen akan memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan.
“Hari ini kita dapat melihat kesepaduan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan dalam Kerajaan perpaduan ini (tidak) seperti yang dimainkan oleh sesetengah pihak.
“Orang ini tidak mahu tolong dan orang itu tidak mahu tolong di antara satu sama lain. Malam ini juga terbukti semua kalangan dalam konteks pengundi-pengundi masyarakat India di Kuala Kubu Baharu ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Malam Perpaduan sempena Hari Pekerja 2024 di Dewan Serbaguna Chuang, Rasa, di sini malam ini.
Untuk rekod, PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao, calon Perikatan Basional, Khairul Azhari Suat, calon Parti Rakyat Malaysia Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.
Turut hadir, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Timbalan MIC, Datuk Seri S. Saravanan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
Mengulas lanjut, kata beliau, Kerajaan Perpaduan kini berada pada momentum terbaik untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
“Seperti (kita) dapat saksikan, kehadiran yang begitu ramai masyarakat India dalam kawasan Kuala Kubu Baharu menunjukkan satu petanda yang baik.
“Jadi, kita mengharapkan agar sokongan ini akan berterusan sehinggalah (hari mengundi) yang akan berlangsung pada 11 Mei nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source