Kemiskinan tegar di Selangor dibasmi sepenuhnya Julai ini
HULU SELANGOR – Kerajaan Selangor komited dalam menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu selewat-lewatnya Julai ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketika ini terdapat hanya 861 keluarga yang masih tergolong dalam kumpulan miskin tegar.
“Bulan Jun nanti saya akan tengok laporannya, saya percaya maksimumnya Julai (ini) kita boleh ‘menghapuskan’ daripada data log awal.
“Tetapi dari semasa ke semasa, sudah pasti selepas Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kita dapat data sepenuhnya, kita akan lihat balik apakah keperluan-keperluan itu dapat ditambah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Raya Anak Muda di Bandar Baru Batang Kali, di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Sepang menjadi daerah pertama yang mencatatkan sifar miskin tegar setakat ini.
“Macam di Gombak, penurunannya agak rendah sedikit (iaitu) 72 peratus, daerah lain juga ada yang turun (hingga) 92 peratus daripada (jumlah asal) iaitu lebih 8,000 keluarga.
“Jadi saya yakin kita boleh membasmi (kemiskinan tegar) menjelang Julai ini,” jelasnya.
Mengulas kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak mahu mencatatkan kejayaan berdasarkan ‘bencana’ yang menimpa pihak lawan.
Kata beliau, PH akan menunjukkan apa yang telah dicapai dan sumbangan dibuat mendiang Lee Kee Hiong serta apa yang bakal dilaksanakan calon PH, Pang Sock Tao pada masa akan datang..
Beliau berkata demikian apabila ditanya berkenaan penahanan Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source