“Berdosa Buka Aib Isteri, Orang Tak Dikenali”
Umum mengetahui, sejak kebelakangan ini hangat mengenai trend mendedahkan aib pasangan dan orang lain di media sosial.
Memetik Kosmo, Ustaz Don Daniyal yang mengulas perkara itu secara umum tanpa menyebut nama mana-mana pihak berkata salah disisi agama membuka aib pasangan serta orang tidak dikenali.
BACA: Ustaz Don Timang Anak Keempat, Sama Tarikh Lahir Dengan Anak Ketiga
Ustaz don turut menerangkan tentang larangan menyebarkan aib menerusi sebuah cerita tentang pasangan suami isteri.
“Berdosa dan salah di sisi agama Islam buka aib isteri dan orang tidak dikenali. Bagi menjelaskan tentang aib, saya jawab dengan satu kisah. Ada seorang suami, hadir ke mahkamah untuk menyebut lafaz cerai terhadap isterinya.
“Sebelum menceraikan isteri, ada orang bertanya apa yang telah dilakukan isterinya sehingga menyebabkan mereka bercerai? Tapi suami ini kata, maaf, saya tidak boleh jawab soalan yang ditanya kerana menceritakan aib isteri dimarah Allah.
“Selepas dia lafazkan cerai, sekali lagi dia ditanya soalan yang sama kerana wanita itu bukan lagi isterinya. Tapi lelaki itu jawab, maafkan saya menceritakan buruk orang lain kepada orang lain adalah salah dalam Islam,” katanya.
Bagaimanapun, Ustaz Don tidak menafikan kebaikan media sosial jika digunakan dengan berhemah namun mereka perlu bersedia untuk menerima pelbagai respon daripada orang ramai.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source