FDA siasat rempah India didakwa penyebab kanser
WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) di Amerika Syarikat sedang meneliti produk yang dihasilkan oleh dua pembuat rempah dari India kerana didakwa mengandungi racun makhluk perosak berisiko menyebabkan kanser, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.
Awal bulan ini, Hong Kong menggantung jualan tiga rempah campuran keluaran syarikat MDH dan Everest kerana didakwa mengandungi tahap tinggi etilena oksida.
Produk MDH dan Everest adalah antara yang paling popular di India dan seluruh dunia.
Syarikat Everest berkata, produknya selamat untuk dimakan, manakala MDH tidak memberi sebarang komen berhubung perkara itu.
“FDA mengetahui laporan itu dan sedang mengumpulkan maklumat tambahan mengenai situasi yang berlaku,” kata seorang jurucakapnya.
Singapura juga telah menarik balik rempah Everest untuk kari ikan dengan alasan kandungan tinggi etilena oksida yang menimbulkan risiko kanser.
Lembaga Rempah India yang merupakan pengawal selia untuk eksport rempah negara berkenaan berkata, pihaknya sedang mencari maklumat mengenai eksport kedua-dua syarikat tersebut di Hong Kong dan Singapura.
Laman web kedua-dua syarikat itu tidak bersiaran pada Sabtu lalu. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source