Jemput Pro-Isr*el Datang Bagi Ceramah, Universiti Malaya Mohon Maaf
Universiti Malaya menerusi satu kenyataan tampil memohon maaf kepada semua pihak gara-gara tindakan mereka menjemput seorang ahli akademik dari Amerika Syarikat, Bruce Gilley yang didakwa seorang pejuang zionis Israel.
Permohonan maaf itu dilayangkan pusat pendidikan terkemuka negara itu menerusi satu hantaran di aplikasi X dan Facebook rasmi mereka pada pagi Khamis.
Pihak UM juga telah mengambil tindakan segera membatalkan sebarang program yang melibatkan penceramah asing tersebut.
Isu itu dibangkitkan setelah Bruce ada mengeluarkan kenyataan yang menyokong kegiatan genosid yang dilakukan Zionis pada ketika ini.
Berikutan itu, pihak UM memaklumkan mereka akan menyediakan laporan lengkap berhubung isu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.
I have removed the post below for the safety and well-being of my colleagues at the University of Malaya, whose leadership has responded to a student outcry. The quote from my keynote address reflects my views alone. I regret the harms I have caused to my academic colleagues. pic.twitter.com/XZrg7nDOjN
— Bruce Gilley (@BruceDGilley) April 24, 2024
Bagi memastikan insiden sama tidak berulang, UM akan meneliti semula prosedur dan garis panduan sebelum menjemput penceramah luar terutamanya pemeriksaan latar belakang serta kajian penilaian risiko profil media sosial seseorang itu.
Bruce juga dilihat memuat naik kenyataan provokasi berikutan penamatan rangka lawatan dan ceramah di Malaysia sekaligus membuatkan netizen marah dan menganggap ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan melampau.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source