[VIDEO] Tragedi helikopter TLDM: ‘Wira’ Bukit Kepong pulang ke negeri abadi
SEGAMAT – Suasana pilu menyelubungi pengebumian Pegawai Memerintah Skuadron 502, Allahyarham Komander Muhamad Amir Mohamad di Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong, Labis, di sini hari ini.
Jenazah Muhamad Amir, 44, tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 12 tengah malam tadi dan majlis pengebumian dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan itu, selesai kira-kira setengah jam kemudian.
Balu Allahyarham, Marliyati Basri, 40, dilihat mengalirkan air mata hiba di atas pemergian suami tercinta.
Turut menemani disisi ibunya, tiga cahaya mata mereka, Nuraina Farhana, 19, Nurlaila Shafiq, 13, dan Muhamad Yusof, 4.
Jenazah Allahyarham sebelum itu dibawa ke Masjid Masjid Al-Muqorobbin Felcra Bukit Kepong yang terletak kira-kira 500 meter dari kediaman keluarganya untuk disembahyangkan.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa pulang dari Kem Gua Permai, Batalion ke-23 Rejiman Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh kira-kira pukul 6 petang selepas selesai menjalani prosedur bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Turut hadir Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Laksamana Muda Baharudin Wan Md Nor dan Panglima Simpanan, Laksamana Pertama Azeman Yusoff.
Kira-kira lebih 500 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhamad Amir.
Selesai bacaan talkin oleh Pegawai Agama KD Sultan Ismail, Mejar Harith Masood, Baharudin menyerahkan bendera TLDM kepada bapa Allahyarham, Mohamad Borak, 71, disusuli istiadat menyiram air mawar dan tabik hormat sebagai tanda penghormatan terakhir.
Muhamad Amir antara 10 pegawai dan anggota TLDM terkorban selepas dua helikopter dinaiki mereka bertembung ketika menjalani raptai sambutan Hari Ulang Tahun dan Perbarisan TLDM ke-90, di Lumut. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source