Liverpool masih kekal dalam persaingan
LONDON – Liverpool belum ‘angkat bendera putih’ dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas memastikan tiga mata penting dengan menewaskan Fulham 3-1 di Craven Cottage, sebentar tadi.
Keputusan itu menafikan hasrat tuan rumah untuk merekodkan kemenangan pertama ke atas Liverpool sejak Mac 2021 dan ia adalah kekalahan kesembilan Fulham di tangan The Reds dalam 12 pertemuan terakhir.
Terdahulu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengambil pendekatan berani apabila merehatkan Mohamed Salah di bangku simpanan dan menyenaraikan Diogo Jota serta Cody Gakpo dalam kesebelasan utama.
Seperti aksi sebelum ini, The Reds seakan terus dipalit isu sentuhan penyudah dan hanya mengharapkan sepakan percuma, Trent Alexander-Arnold untuk mendahului permainan pada minit ke-32.
Bagaimanapun, hasrat Liverpool untuk menamatkan aksi babak pertama dengan kelebihan satu gol tidak kesampaian apabila Timothy Castagne meledak gol penyamaan pada masa kecederaan.
Lapan minit selepas aksi bersambung, Liverpool kembali berada di depan dan kali ini giliran Ryan Gravenberch mencetak nama selaku penjaring.
Walaupun tuan rumah cuba memberikan saingan, minit ke-72, sisa perjuangan Fulham akhirnya lebur selepas Jota meledak gol ketiga The Reds. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source