Mahu Berkahwin Punca Syasya Undur Diri Dari Dolla
Segala teka teki terjawab apabila Universal Music Malaysia berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya yang juga bekas anggota kumpulan Dolla.
Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, perancangan untuk mendirikan rumah tangga juga antara faktor pengunduran Syasya.
BACA: Selepas Undur Diri Dari Dolla, Syasya Kini Bergelar Isteri?
“Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya DOLLA dari awal sehingga kini.
“Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada DOLLA mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.
“Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama DOLLA,” katanya.
Universal Music Malaysia juga berharap berita itu menamatkan segala spekulasi yang beredar.
“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.
“Apa yang penting juga, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada DOLLA,” katanya.
SUMBER: Xtra
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source