“Jangan Biasakan Tanya Bila Nak Kahwin, Bila Nak Ada Anak”
Penyanyi Shiha Zikir menyelar sikap segelintir individu yang bertanyakan mengenai soalan sensitif tentang perkahwinan serta zuriat tanpa memikirkan perasaan individu berkenaan.
Menerusi video di TikTok, Shiha berkata ada segelintir individu seolah mendesak menyuruh untuk berkahwin serta meminta agar tidak menjadikan perkara itu kebiasaan.
BACA: 13 Tahun Bercinta, Shiha Zikir & Arul Nikah Tahun Ini
@shihazikir Shiha mewakili semua yang rasa benda mcmni.Shiha terima banyak DM yang kongsikan story2 macamni.Kesian tau ? Pada yang selalu bertanya,jangan sesekali anggap soalan macamni soalan yang remeh sebab seriously soalan macamni kadang mengganggu tahap kesihatan mental sesorang. Jangan mendesak..Jangan beri tekanan melampau pada seseorang.. Tegurlah dengan penuh hikmah. Semua yang jadi pasti ada hikmah kan.Jodoh rezeki semua Allah SWT dah tetapkan dalam waktu yang sangat tepat.Yang penting berusaha.. Bagi Shiha,kita doakan je yang terbaik untuk semua orang.Okay?
“Saya mahu kalian jangan biasakan soalan-soalan yang macam ‘bila nak kahwin’, bila dah berkahwin ‘bila nak ada anak’. Bila dah ada anak ‘bila nak tambah anak’.
“Faham kadang-kadang pertanyaan itu untuk bermesra, tapi kalau sampai dah mendesak sungguh-sungguh suruh kahwin, boleh tak jangan ‘normalise’ benda ini.
“Mungkin orang yang bertanya belum lalui atau rasa. Mungkin Allah dah aturkan kehidupan mereka berkahwin, ada anak, dah sempurna. Jadi bila nampak orang lain umur sebaya atau tua daripada dia, dia persoalkan,” katanya.
Sementara itu, Shiha mengakui dia juga pernah berkecil hati apabila bertalu-talu ditanyakan mengenai soal jodoh, namun dia terbuka jika ada yang mendoakan untuknya.
“Kadang-kadang kalian tak tahu apa benda yang seseorang itu sedang hadapi. Mungkin dah usaha sehabis baik tapi ada saja benda yang menghalang.
“Macam saya sendiri, saya sangat terasa soal tersebut. Kan jodoh, ajal dan maut itu di tangan Allah bukannya orang tak usaha.
“Kalau sekali dua yang bertanya saya okey lagi tau. Kalau bertanya baik dan mendoakan tidak mengapa. Tapi zaman sekarang ni ramai mendesak sampai dia pulak ‘moody’ kenapa kita tak kahwin lagi,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source