“Kakak Dah Maafkan Semua Orang”
Adik kepada pelakon Ruhainies meluahkan rasa kagum dengan kakaknya itu kerana mampu kekal tenang serta memaafkan semua orang yang bercakap buruk mengenainya.
Menerusi Insta Story, Ruhainies dilihat memuat naik semula perkongsian adiknya itu. Kata adiknya lagi, dia juga bangga dengan kakaknya yang ikhlas memaafkan orang lain.
BACA: Ruhainies Sambut Raya Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua
“Saya seronok dapat berbual bersama dia (Ruhainies) tadi. Hari ini hari terakhir kami menjadi tetamu-Nya. Kakak, saya sangat mengagumi kakak. Kakak tetap mendiamkan diri setelah apa yang berlaku. Kakak ada beritahu saya yang kakak dah maafkan semua orang, orang yang bercakap buruk pada kakak. Fitnah sana sini.
“Saya bangga dengan kakak. Mengikhlaskan diri memaafkan mereka tanpa berkata apa-apa merupakan perkara yang paling disanjungi! Subhanallah,” tulisnya.
Sementara itu, adiknya berkata Allah serta mereka sekeluarga akan sentiasa ada bersama Ruhainies. Dalam pada itu, Ruhainies turut mengatakan cukup Allah yang mengetahui segala perkara.
“Cukup hanya Allah yang tahu apa yang di dalam hati. Terima kasih adik. Love you, you beautiful soul,” tulisnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source