FAM perkenal Akademi Pengadil Profesional
PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan Akademi Pengadil Profesional bagi melahirkan lebih ramai pengadil berprestasi tinggi di peringkat domestik dan antarabangsa pada masa akan datang.
Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram berkata, seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai projek perintis Akademi Pengadil Profesional bagi fasa pertama iaitu bermula tahun 2023 hingga 2025.
“Bagi fasa pertama ini, FAM memilih pengadil muda dan berpotensi yang mana umur mereka antara 20 hingga 32 tahun.
“Pengadil ini akan diuji dari segi aspek kecergasan, kesihatan, undang-undang permainan serta literasi (kebolehan menulis dan membaca) dalam bahasa Inggeris. Sebanyak sembilan modul perlu diikuti oleh mereka,” katanya.
Sivasundaram ditemui ketika majlis pelancaran dan makan malam pengadil FAM 2024 yang berlangsung di Petaling Jaya malam ini.
Sementara itu, Sivasundaram turut mengesahkan seramai lima pengadil daripada kumpulan itu juga dipilih untuk dilatih sebagai pengadil video bantuan pengadil (VAR).
Kata Sivasundaram, FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini dalam fasa akhir persiapan untuk pelaksanaan teknologi VAR dalam saingan Liga Super musim 2024/25 yang akan bermula 10 Mei depan.
“Pelbagai fasa latihan VAR dibuat untuk membiasakan pengadil dengan kemahiran VAR. Objektif utama VAR adalah untuk meminimumkan kesilapan pengadil dan seterusnya memajukan standard bola sepak negara,” katanya.
Selain itu, turut disampaikan penghargaan dan anugerah kepada pengadil-pengadil atas sumbangan dan kejayaan mereka di sepanjang tahun 2023 yang lepas.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source