Atikah Suhaime Kekok Digelar Datin, Rasa Kerdil
Pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui dia masih kekok dan sedang membiasakan diri dengan gelaran datin selepas berkahwin dengan usahawan Datuk Lokman Teh.
Memetik HibGlam, Atikah berkata dia merasakan status tersebut terlalu besar dan dirinya terlalu kerdil untuk menggunakan gelaran berkenaan.
BACA: Atikah Suhaime Bahagia Serumah Dengan Mentua
“Sejujurnya buat masa sekarang memang masih ada rasa sedikit kekok sebab itu satu gelaran yang bukan semua orang boleh dapat.
“Suami kita pula sudah capai pelbagai kejayaan dalam karier sehingga layak dapat gelaran datuk, jadi saya rasa tak setaraf dengannya. Apatah lagi saya pula asal Singapura, ramai lagi orang Malaysia yang lebih layak untuk dapat gelaran itu,” katanya.
Sementara itu, Atikah berkata dia menganggap status itu sebagai motivasi buat dirinya untuk berbakti kepada masyarakat.
“Saya masih lagi sesuaikan diri, panggilan ini buat saya lebih bersemangat untuk memberi sesuatu semula kepada orang lain. Saya pun kena kejar (kejayaan) suami saya, jadi agak sedikit tertekan di situ,” katanya.
Terdahulu, Atikah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Datuk Lokman Teh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif produk Zaitun pada Januari lalu.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source