Bakar kereta, syak jalin hubungan dengan isteri
BEAUFORT – Seorang lelaki ditahan selepas bertindak membakar sebuah kereta milik individu lain pada Sabtu lalu.
Difahamkan, suspek bertindak demikian kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan isterinya.
Suspek dikatakan datang ke rumah mangsa di Membakut sebelum membuka pintu hadapan kereta jenis Toyota Altis dan membakarnya sebelum beredar.
Walau bagaimanapun perbuatan suspek itu disedari oleh abang ipar mangsa sebelum datang membuat pemeriksaan dan mendapati bahagian dalam kereta itu terbakar.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa baru tiba di rumahnya di Membakut.
“Abang ipar mangsa memaklumkan suspek datang ke rumah dengan menaiki kereta Perodua Bezza. Suspek membuang sesuatu ke dalam kereta mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian dalam keadaan tergesa-gesa.
“Pemeriksaan mendapati kerusi penumpang hadapan, tali pinggang, stereng, papan pemuka dan lapisan bumbung terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ekoran itu mangsa mengalami kerugian sebanyak RM20,000. Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Khas Daerah Beaufort berjaya menahan suspek berusia dalam lingkungan 30 tahun di Sipitang pada pukul 6.30 petang, Sabtu lalu.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku membakar dan menyembur kereta mangsa dengan menggunakan cat hitam kerana cemburu dan dendam. Lelaki itu mendakwa mangsa mempunyai hubungan dengan isterinya,” katanya.
Suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source