MAIPk sedia bantu bawa pulang lebih 200 kitab turath dari Mesir
IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) akan membantu pelajar tajaannya di Universiti Al-Azhar di Mesir, Muhammad Nur Hadi Salehuddin untuk membawa pulang lebih 200 khazanah kitab turath tulisan ulama Nusantara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, kitab yang dikarang sejak 1920 itu termasuklah karangan Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi dan Syeikh Jaafar Hussein yang kebanyakannya ditulis dalam tulisan jawi dan Aceh dari sekitar 1920 hingga 1960.
“Naskhah diperoleh daripada Maktabah al-Halabi yang juga merupakan syarikat percetakan dan penerbitan tertua di Mesir serta daripada maktabah-maktabah di sekitar Masjid al-Azhar itu bakal ditempatkan di Perpustakaan Penyelidikan MAIPk.
“Pihak MAIPk juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kelestarian khazanah berharga itu terus berkekalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Untuk rekod, Muhammad Nur Hadi merupakan penuntut tahun empat Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin pengkhususan Pengajian Hadis.
Anak ketiga daripada lapan beradik yang berasal dari Padang Rengas itu mula mengumpul karya turath tulisan ulama Nusantara sejak 2020.
Sepanjang menjejaki karya ilmiah tersebut, dia telah membelanjakan hampir RM20,000 dan kini memiliki lebih kurang 200 karya dan tulisan dalam simpanannya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source