“Tiba-Tiba Keluarkan Gambar Berdua..” – Kakak Misya Mazlan ‘Warning’ Marissa Dania
Beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila pempengaruh media sosial, Marissa Dania memuat naik gambar swafoto bersama madunya, Misya Mazlan sekaligus seolah memberitahu hubungan mereka baik-baik sahaja.
Bagaimanapun, Misya memberitahu gambar tersebut diambil sebelum kisah mereka tular dimana ketika itu mereka sudah berdamai dan berbaik.
BACA: “Situasi Kami Sekarang Tak Seperti Yang Digambarkan Dalam Foto Ni Ya” – Misya
Katanya lagi, selepas kisah mereka tular keadaan berubah dan berlaku sedikit perbalahan serta masing-masing memilih membuat hal sendiri.
Terbaru, kakak kepada Misya mempersoalkan tindakan Marissa secara tiba-tiba memuat naik gambar berdua dengan adiknya.
Menurut kakaknya lagi, adiknya diam, reda dan berdamai dengan takdir namun bukanlah tiket untuk orang lain ‘menggula-gulakan’ Misya. Kakaknya turut mengingatkan bahawa Misya bukan sendirian kerana ada orang di belakang adiknya itu.
Tambahnya lagi, susulan perkongsian tersebut ramai yang menuduh adiknya sengaja mencipta content dan berdrama dengan isu poligami mereka.
Kakak Misya turut mengingatkan supaya berjaga-jaga sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana bimbang ianya memakan diri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source