Tangki minyak diesel terjatuh, jalan ditutup 4 jam
REMBAU – Gara-gara tangki minyak terjatuh dari lori, jalan utama di kilometer 26, Jalan Seremban-Tampin, di sini terpaksa ditutup hampir empat jam, hari ini.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Shaik Abd. Kadar Shaik Mohamed berkata, kejadian kira-kira pukul 11.44 pagi itu menyebabkan tiga kenderaan terbabit kemalangan iaitu lori membawa muatan minyak, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Fortuner dan kereta jenis Perodua Myvi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, lori dari arah Seremban menghala ke Tampin berada di lorong kiri dan sebaik sampai di tempat kejadian berhampiran lampu isyarat Majlis Daerah Rembau, skru tapak tangki minyak telah patah.
“Ia menyebabkan tangki minyak diesel terjatuh serta tertumpah di atas jalan. Berikutan itu, pemandu Toyota Fortuner yang berada di lorong kanan telah memberhentikannya kerana lampu isyarat merah.
“Bagaimanapun, datang kereta Perodua Myvi dari arah belakang tidak dapat mengawal kenderaannya akibat jalan licin lalu terlanggar bahagian belakang kenderaan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Shaik Abd Kadar berkata, saman telah keluarkan kepada pemandu lori iaitu lelaki berusia 39 tahun di bawah Peraturan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menumpahkan lelehan atau taburan dari kenderaan.
“Lalu lintas kembali lancar pada pukul 3.30 petang setelah pihak bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) JKR membuat pembersihan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source