Indahnya Toleransi, Video Mak Cik Melayu Fasih Berbahasa Tamil Sambut Jiran India Beraya Jadi Tumpuan
Satu video di TikTok telah berjaya mencuri tumpuan warga maya gara-gara gelagat seorang mak cik yang menyantuni tetamu bangsa India ketika sambutan hari raya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, mak cik berbangsa Melayu bernama Hasimah Hassan itu dilihat memujuk jirannya untuk makan juadah hari raya dalam bahasa Tamil.
Kefasihan Mak Cik Hasimah bertutur dalam bahasa Tamil itu telah menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya kagum dengan kebolehan warga emas itu.
Anak Mak Cik Hasimah, Juliana berkata ibunya itu boleh bertutur dalam bahasa Tamil secara semula jadi kerana berjiran dengan tetangga berbangsa India ketika bermastautin di Taiping, Perak.
Selain pandai bercakap bahasa Tamil Mak Cik Hasimah juga sangat rapan dengan jiran tetangga yang dianggap sebagai ahli keluarganya sendiri.
Keluarga kami sangat rapat dengan mereka, kerana arwah ayah saya sangat rapat dengan mereka. Seolah-olah kita sebuah keluarga, walaupun kami tidak mempunyai pertalian darah, ikatan kami kuat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap toleransi antara kaum yang ditonjolkan Mak Cik Hasimah bersama jiran tetangga meskipun berlainan bangsa dan agama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source