“Tu Tempat Kita Ingat Mati..” – Pakai Baju Barbie ‘Ropol-Ropol’ Ziarah Kubur, Influencer Buat Netizen ‘Sakit Mata’
Sebelum ini ‘influencer’ Prince Syed pernah tular susulan menjahitkan telekung mewah yang dipenuhi dengan batu Swarovski untuk dihadiahkan kepada isteri.
Lawat kubur pakai baju Barbie
Terbaru, Prince Syed dan isteri menjadi perhatian selepas memuat naik video di laman media sosial memaparkan diri mereka memakai baju Barbie sewaktu menziarahi kubur.
Kata Prince Syed, dia telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM4000 untuk 4 pasang baju bertemakan Barbie.
Dalam pada masa yang sama, dia turut memaklumkan kepada orang ramai bahawa dirinya telah mencipta satu lagu raya yang berjudul Tiberr Raya.
Netizen ‘sakit mata’
Susulan sudah viral, netizen kebanyakannya meluahkan rasa kurang senang melihat pasangan suami isteri memakai baju sedemikian ketika menziarahi kubur kerana kawasan tersebut merupakan tempat umat Islam mengingati kematian.
Dalam pada itu, ramai bimbang ‘trend’ sedemikian menjadi ikutan untuk orang lain di masa akan datang.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source