“Terima Kasih Sayang Saya Seperti Anak Sendiri..” – Sebak Beraya Bersama Mertua, Puteri Sarah Bersyukur Masih Diterima
Walaupun sudah tidak bersama, pelakon Puteri Sarah Liyana diketahui masih menjalin hubungan baik dengan keluarga mertua iaitu ibu bapa kepada bekas suaminya, pengarah Syamsul Yusof.
Sarah juga kelihatan datang berkunjung ke rumah mertuanya Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail pada hari raya kedua semalam.
Sebak ketika bersalaman
Dalam pada itu, lebih menyayat hati adalah ketika aktres tersebut berkongsi momen bersalaman dengan ibu bapa mertuanya sempena hari raya. Terlihat juga Patimah yang turut menitiskan air mata ketika memeluk Sarah serta cucu-cucunya.
Sayang mama dan papa dunia akhirat.
Terima kasih selama ni menjaga Sarah dan anak-anak serta sayang saya seperti anak sendiri.
Menantu tersayang
Bukan itu sahaja, Patimah dalam hantaran berasingan berkata, hubungannya dengan Puteri Sarah tidak akan terputus selama-lamanya walaupun sudah berpisah.
Menantu dan besan sehingga akhir hayat kami.
Anak tetap sayang, sokongan kami sepenuhnya untuk Puteri Sarah dan anak-anak.
Sarah dan cucu-cucu sentiasa dalam doa mama, semoga dilindungi Allah SWT walau dimana berada.
Sebelum ini, difahamkan Syamsul sudah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki dan beraya bersama keluarganya semenjak kes perceraian dirinya bersama Sarah dan kemudiannya bernikah dengan isteri keduanya.
Sarah sebelum ini disahkan bercerai dengan Syamsul pada 13 Jun tahun lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source