Polis tanah empat lelaki ‘berlawan’ main bunga api
KOTA BHARU: Polis menahan empat lelaki selepas berlawan bermain bunga api pada awal pagi sambutan 1 Syawal di sekitar kawasan Lembah Sireh di sini semalam.
Kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 22 hingga 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian bunyi bising bunga api di sekitar sebuah pasar raya di kawasan tersebut.
Terdahulu, perbuatan tersebut tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, sejurus video berdurasi 5 minit 16 saat itu tular di media sosial yang memaparkan kejadian sekumpulan lelaki sedang bermain bunga api sepasukan anggota terus digerakkan ke lokasi.
Menurutnya, dua kumpulan berlawan bermain bunga api apabila satu pihak berada di kawasan tepi sebuah pasar raya manakala satu pihak lagi berada di atas Jambatan Sultan Yahya Petra.
“Keempat-empat lelaki itu ditahan untuk tindakan lanjut, bagaimanapun, mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.
“Satu amaran keras dikeluarkan terhadap keempat-empat lelaki itu supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Rosdi memberitahu, siasatan di lokasi kejadian mendapati, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan berhubung kejadian tersebut.
Katanya, bermain bunga api sehingga mengganggu ketenteraman atau mendatangkan bahaya kepada orang awam adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Individu yang sengaja mengakibatkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207),” ujarnya.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source